05 September, 2011

tarikh luput

Kalau kita hidup seabad lagi,
Kita akan menjadi saksi;
Kemenangan demi kemenangan,
Tangisan demi tangisan,
Lalu kita rekod detik peristiwa.
Namun,
Kita sebenarnya bergelut menemui mati,
Tarikh luput yang abadi.

12 Ogos, 2011

semalam dan esok

mungkin, 
semalam saya berduka, saya buang rasa kecewa,
mungkin,
semalam saya bahagia, saya susun rasa gembira,
yang pasti;
untuk elak hari esok terus kecewa,
untuk sambung hari esok kekal gembira,
sisi yang gelap, saya hindari,
sisi yang jelas, saya contohi!

azrin nazri 
(jumaat ,12/8/2011,kamar bujang)