05 September, 2011

tarikh luput

Kalau kita hidup seabad lagi,
Kita akan menjadi saksi;
Kemenangan demi kemenangan,
Tangisan demi tangisan,
Lalu kita rekod detik peristiwa.
Namun,
Kita sebenarnya bergelut menemui mati,
Tarikh luput yang abadi.

12 Ogos, 2011

semalam dan esok

mungkin, 
semalam saya berduka, saya buang rasa kecewa,
mungkin,
semalam saya bahagia, saya susun rasa gembira,
yang pasti;
untuk elak hari esok terus kecewa,
untuk sambung hari esok kekal gembira,
sisi yang gelap, saya hindari,
sisi yang jelas, saya contohi!

azrin nazri 
(jumaat ,12/8/2011,kamar bujang)

24 September, 2009

...pertama kali...

terbaru, terkini dan pertama kali bertatih dalam dunia baru iaitu dunia blogger. gembira, gembira dan terus gembira kerana kini ada blog sendiri buat tatapan semua.